October 18, 2015

Review: Goosebumps Movie



Assalamualaikum & Hi



Khamis lepas sempat menjengah citer ape yang best kat panggung wayang sekarang.. Belom tengok lagi setakat ni adalah Polis evo, Hotel Transylvania, Pan, dan banyak lagi tak ingat.. haha.. Tengok kat atas paling latest citer GOOSEBUMPS!! aritu sempat tengok trailer macam best jekk.. Ada Jack Black.. Biasa klu Jack Black ni klu tak funny tak sah.. konfem! memang citer Goosebumps ni kelakar.. sumpah tak berenti gelak.. kehkehkeh.. Takde sangat nak takut tengok citer ni sebab semua tu character dalam novel hasil tulisan penulis tersohor  R. L. Stine.. I olls tak tahu pun sape R. L. Stine ni tapi lepas tengok citer ni memang salute lah, banyak citer citer best hasil karya beliau sendiri termasuk Werewolf, Zombies (Walking dead), Invisible Man, dan banyak lagi.. Kene tengok klu uoolls nak tahu.. haha..

Dan hari ini dalam sejarah pest time tengok wayang dapat tiket paling mahal.. ce teka.. RM19!! nasib baik citer ni best!! *haktui betoi.. haha



Goosebumps is a 2015 American 3D live-action/computer-animated horror comedy film based on the children's book series of the same name by R. L. Stine





The films stars Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Amy Ryan, Ryan Lee, and Jillian Bell






Kebanyakan karakter dalam filem ni semua amik watak dalam buku R. L. Stine yang pemes tu.. Antara novel yang keluar dalam citer tu adalah  The Abominable Snowman,  Night of the Living Dummy, Revenge of the Lawn Gnomes, My Best Friend is Invisible, A Shocker On Shock Street & The Werewolf of Fever Swamp.. Nak tahu lebih kene kaji watak satu satu dalam buku tulisan beliau.. hehe.. Tapi semua karakter memang menarik!!



Main character: Slappy the Dummy



Jangan tenung lelama sebab watak si Slappy ni memang creepy sikit.. Rasanya dulu pnah tengok citer ni tapi da tak ingat jalan cerita die.. Lebih kepada Horror movie.. Die ni pegang watak patung yang bernyawa.. Banyak kisah hantu pasal patung kan.. memang takot nak tengok tapi jangan risau filem Goosebumps ni memang takde takot langsung.. hehe

Filem ni banyak guna karakter novel yang dikatakan betul betul hidup selepas penulisnya menulis buku tersebut.. Dalam filem ni Slappy lah yang jadi ketua untuk semua watak watak dalam novel.. Lebih kurang nak keluar dan balas dendam pada penulis buku tu.. Die telah melepaskan semua watak tersebut dan cuba memusnahkan bandar yang manusia lain duduk.. Last last watak  R. L. Stine yang dimainkan oleh Jack Black ni terpaksa menulis balik satu buku untuk memerangkap semua watak jahat dalam satu buku.. Akhirnya dapat la jugak watak watak hantu ini ditewaskan.. pehh.. memang best uoolls.. yang penting tak rugi tengok.. Saya bagi **5 bintang penuh ok.. 


Jadi ape lagi, jangan lupa tengok k.. Konfem tak menyesal sebab ada kelakar, ada hantu dan ada misteri.. Wooww!!






No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥