August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka 2015




Assalamualaikum & Hi





Luangkan masa sekejap untuk kita menghormati dan memperingati hari kemerdekaan Malaysia yang ke 58.. Hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia di mana negara kita berjaya mencapai kemerdekaan dan bebas dari penjajah.. 

Malaysia dulu dan kini dah banyak berbeza.. dulu rakyat dan pemimpin bersama sama merasai dan menikmati erti kemerdekaan.. sekarang? tepuk dada tanya selera.. banyak perselisihan faham dan agenda politik sehinggakan semangat patriotik dalam diri makin pudar terutama buat anak anak muda yang bakal mewarisi negara.. Agenda kerajaan sekarang dah berlainan dengan dulu.. mungkin dah terlalu lama hidup bebas?? Harap harap pemimpin sedar apa yang betul betul rakyat inginkan.. kita kan sudah merdeka..

Malaysia, oh tumpahnya darahku.. 

Waktu sekolah dulu selalu nyanyi lagu "Negaraku" pagi pagi.. Waktu tu masih remaja dan belum terfikir akan kesusahan dan kepayahan pemimpin dahulu mengecap kebebasan untuk berada dalam negara dan bebas dari segala bentuk penjajahan.. Sedar tak sedar, makin banyak bentuk penjajahan yang kita hadapi kini termasuklah dari segi sistem pentadbiran, sistem perundangan dan sebagainya.. Kita sebagai rakyat yang sudah dewasa sepatutnya sudah mula berfikir bagaimanakah caranya untuk kita mengekalkan keamanan negara.. Aspek politik, undang undang jenayah yang lebih ketat dan kurang bersifat perkauman harus dititik beratkan.. Sama samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri demi bangsa, agama dan negara..

Eh, panjang lebar pulak bersastera di hari merdeka ni.. padahal hari ni duk relex kat umah jer.. haha.. bukan tak bersemangat nak sambut merdeka tapi nak elak kesesatan di tengah tengah jem dan orang ramai.. haha.. 

Satu lagi pesanan saya, jangan bertanya apakah sumbangan negara kepada kita tapi bertanyalah sumbangan kita kepada negara.. kalau mahu negara aman, rakyat dan pemimpin harus bekerjasama dan berusaha menangani segala masalah yang ada.. 

Doakan Malaysia masih aman dan sejahtera.. Amin..







Salam 31 Ogos 2015
Merdeka! Merdeka! Merdeka!





August 27, 2015

Nasib Orang Makan Gaji




Assalamualaikum & Hi







Alhamdulillah, gaji masuk dengan sihatnya 2 hari lepas.. haha.. Nak share la sikit pasal gaji ni kan.. Hari tu terbaca tweet yang dikongsikan oleh rakan di Facebook.. Sesungguhnya memang makan dalam tweet tu sebab kebenarannya memang terserlah kalah lagu "Terserlahnya keayuan mu" dari Exist.. erkk.. 

Bab gaji ni memang sensitip sebab cepat habis.. Kebanyakan orang kita klu nak senang memang makan gaji lain la yang rajin bekerja ada duit tambahan lain masuk kan.. Tapi klu gaji dapat seketul tu je macam saya ni alamatnya memang nasib la.. nak bayar tu bayar ni.. Sekelip mata je, zapppp.. Hilang.. Kosong kosong kosong.. hehe.. 

Sape kate orang bujang takde komitmen?? ada... sewa, bil, duit bulanan motor, internet, bagi mak bapak dan lain lain termasuk shoping moping dan barang keperluan lain.. haha.. Banyak tu nak kene list.. Jadi kesimpulannya, jadi la macam yang akak tu tweet.. 






Gaji masuk selang bape minit da miskin tegar balik.. hehe.. Acano.. nasib badan orang makan gaji.. Dengar berita ekonomi pun da nak masuk gawat sekarang.. Zaman gawat ni eloklah berjimat cermat yer.. tapi klu dah yang tu je tinggal boleh lagi ke berjimat.. hehe.. *apelagi statement menteri dalam musim gawat ni.. huhuhu..

Oleh itu, marilah bersama sama kita atasi masalah kegawatan ekonomi ni.. Minyak naik, barang naik, harga duit naik dan macam macam lagi naik.. yang turun?? hujan.. Sekian..  



Pray for peace yaw 


#Malaysiamasihaman