May 12, 2016

My First MAC lipstick!



Assalamualaikum & Hi



Kembali lagi kita diblog yang serba suram dan muram sebab da lama tak berupdate.. *Ayat cliche.. lap habuk habuk tepi blog.. hahah.. Kali ni kita nak share sikit pengalaman mencuba lipstick dari MAC ni.. Sebelum ni saya pernah share pasal Nyx matte lipstick kan.. walaupun yang tu pun belum habis guna lagi tapi kali ni rasa nak try la MAC lipstick yang lebih popular dan mendapat tempat di hati seluruh peminat lipstick lipstick seantero dunia.. gitu.. nak gak rasa acano guna lipstik rege mahal ni.. *sementara tengah ada duit.. gulp.. Sebatang RM74  ok.. tarik nafas pepanjang dulu kepada sesape yang berminat dengan lipstick MAC ni.. yang da biasa borong 2 3 batang tu takpelah sebab da biasa dengan harga lipstick ni tapi kepada first timer macam iolls ni kene la tunggu bebetol masa ada duit klu tak jangan harap nak masuk kedai MAC bli benda alah ni.. hahaha.. sadis..

Papepun kita da selamat beli sebatang dan dah cuba pun.. ngeee.. The result was.. Tadaaa.. I like the color.. Masa memula masuk kat kedai tu kita kata kat seller nak cari kaler nude sebab tak pandai nak pilih.. ngade btol.. haha.. Kaler nude ni nak replace ngan Nyx matte lipstick yang dah kering dan kebetulan nude lipstick memang takde dalam collection sekarang.. hehe.. Nak tengok jenis ape kita beli?? Lets see..



MAC Matte Lipstick- Velvet Teddy


Tu dia aiihhh.. Yeay! Dah ada sebatang MAC lipstick yang harga macam nak pengsan.. Heol.. Kaler ni jenis nude brown yang diberi nama Velvet Teddy.. Die jenis dark brown but so nice with my skin color.. Hari ni g keje da sapu dekat 3 4 kali gak sebab lepas lunch dan minum kaler pun dah turun.. hukhuk.. so touch up la kasi penuh balik.. kaler ni tak popup sangat pun sebab kaler untuk buat bibir nampak lebih natural gitu.. hehe.. alah nak cakap lebih lebih korang mesti lagi expert kan.. ngee..



Nice to Meet You



Ok, meh kita selfie sikit.. Ni pic masa kat tempat kerja..*Nak kerja ke nak selfie?? hehe.. Kasi can la sebab nak tunjuk kat korang sume.. Gambar ni guna mode selfie sebab tu nampak smooth giler muka, siap ada bulu mata palsu lagi.. haha.. BTW, its look good on me.. yezzaa.. 



Me wearing MAC lipstick



Nak review sikit lepas guna lispstick ni.. For the first time tengok kaler die memang tiptop superb blending beautifully on my lips.. banding dengan nyx matte lipstick yang ni lagi power dari segi ketahanan warna dekat bibir.. rasanya yang ni lagi tahan lama kot.. pastu rasa macam nak makan makan je lipstick ni lepas lama lama tengok.. *melampau.. haha.. Overall worth your money la but if the price is lower of course I will buy it more.. For next if I wanna buy, I will look on my cost first cause it cost a lot of your money.. haha.. But for women who cares?? asalkan dapat melaram guna duit gaji pun sanggup asal dapat.. kikiki.. 



Sunway Putra Mall



Ok, ni sedikit selingan lepas beli MAC lipstick.. kahkahkah.. Sebelum balik kita sempat singgah dekat Sunway Putra Mall sebelah PWTC jew.. sesape yang dah g kat tempat ni mesti dah tau yang dekat food stall tingkat atas diorang decorate place macam lebih berseni lebih kurang street art gitu.. Cantik.. Bleh la nak take picture atau posing kat situ lepas makan.. lagipun orang pun tak bape nak ramai lagi mungkin sebab mall ni pun baru siap.. So, boleh la catch it up.. Kedai makan pun banyak pilihan better than Nu Sentral guys.. pilih je nak makan yang mana k..



My sweet Chocolate Indulgence



Last but not least me decide to eat this piece of cake.. Banyak banyak kek Secret Recipe ni ntah kenapa yang ni paling sedap.. teringat dulu celebrate birthday dengan sebijik kek Choc Indulgence ni.. wahh.. makan pun tak puas.. sekelip mata dah habis.. hehe.. Tak pernah jemu dengan kek ni.. I love it.. Cincayeoo.. 

Ok, sebenarnya ni antara aktiviti saya masa offday semalam.. sempat jugak la shoping kain baju dan makan tak henti sebab melepas nafsu puasa ganti seminggu minggu lepas.. haha.. kononnya nak makan steamboat masa buka puasa ritu tapi tak tercapai.. jadi ni lah hasilnya selepas memendam hasrat yang tak kesampaian.. Shopping dan makan tak hengat dunia!! habis duet itew taww.. haha.. Its ok girl, as long as u Happy.. 
Thats all, ANNYEONG GUYS!!



Cause I'm Happy!!





April 30, 2016

Selamat Hari Pekerja 2016



Assalamualaikum & Hi



SELAMAT HARI PEKERJA untuk seluruh rakyat Malaysia yang bekerja pada esok hari iaitu 1 MEI 2016.. Selamat hari pekerja untuk hakak hakak dan abang abang tak kira lah yang kerja gov, swasta mahupun yang bekerja sendiri macam ayah saya.. hehe.. 


Jom kita tengok sejarah Hari Pekerja


Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.


'Kredit Wikipedia


So, minggu ni dapatlah mereka mereka balik bercuti oleh kerana cuti bersambung sabtu ahad dan isnin kan.. Hashtag Huntunglah.. kita kene kerja isnin ni sebab keje shift jadi redho jelah.. Tapi In Sya Allah minggu satu lagi nak apply cuti.. mihmihmih.. entah jadi entah idak yer.. tunggu jelah.. Dengar citer jalan jem nak balik kampung arah pantai timur, utara dan selatan.. Bawak bawak bersabarlah yer.. musim cuti memang macam tu.. Yang syoknye keje kat bandar time cuti ni jalan tak jemmmm.. haha.. suka den..



Throwback Jalan Jalan Danga Bay, JB



Esok dah masuk bulan 5.. WHAT!! dah ramai share makanan makanan untuk bersahur, yang nak ganti puasa pun ada.. hehe.. Semoga semuanya dipermudahkan untuk kita menjalani ibadah puasa tak lama lagi.. Sekarang cuaca pun dah agak redup kat KL sebab selalu hujan belah petang.. cuma sekarang jerebuuu datang balik.. hekhek.. Harap harap hujan pun turun di semua negeri yang mengalami masalah air.. susahnya takde air.. tiap tiap tahun kemarau macam ni kan.. Banyak banyak bersabarlah wahai rakyat Malaysia.. 


Ok.. Thats All.. Thanks for Reading.. Selamat bercuti tiga hariiii!!!