July 16, 2013

Indahnya ciptaan Allah



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, da genap seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Syukur Alhamdulillah.. Cuaca bulan puasa ni pun sangat sangat lah bagus dengan hujan panas hujan di petang hari.. Masalah jerebu pun da takde.. Alhamdulillah.. Tadi sempat merakam gambar cuaca yang hampir nak hujan.. Cuaca mendung la yang saya paling suka sebab masa tu la angin sekali ngan awan da berubah.. sejuk sangat.. SO HAPPY =)



Nampak tak langit mendung yang macam orang lukis tu.. Sangat indah ciptaan Allah kan.. =)



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA untuk seluruh umat islam di dunia terutama sekali rakyat MALAYSIA dan PEMBACA SETIA blog ni.. setia ke?? haha.. Alhamdulillah.. Semoga kedatangan bulan yang mulia ni dapat lah kite merasa sekali lagi berpuasa dan merayakan hari kemenangan seluruh umat Islam yang bakal menjelma tidak lama lagi.. da alang2 update blog ni kan nak ucap terus la SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. **tema tahun ni kaler ape?? heheh.. mane tau kan lepas ni da tak sempat nak update blog.. hahaha.. 

SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA PUASA SEMUA!!!

Assalamualaikum.. =)




June 14, 2013

Good Night!



Kaho Na Pyar Hai

Sebelum berlabuhnya tirai malam ni.. saya ingin mengucapkan selamat malam untuk semua pembaca2 blog yang masih segar bugar lagi.. yang masih tidak tido, yang tengah stress ngan nyamuk, yang tengah melayan anak kucing, yang tengah minum sambil dengar radio atau yang tengah melayan lagu hindustan macam saya?? .. Entah kenapa mood nak berblog datang pada malam ni.. mungkinkah kerana malam Jumaat?? hurmmm..


Na Tum Janoo Na Hum~~

Motif letak gambar dua pelakon cun dan hot ni ialah kerana saya sangat2 minat kan filem mereka berdua.. Kaho Na Pyar Hai.. Saje nak kongsi yang ni lah cerita pertama saya guna duit sendiri untuk beli cd filem ni kerana minat yang sangat mendalam.. tadi tweet2 menyuarakan pendapat kenapa dulu masa kecik2 selalu tengok citer hindustan yang best best kat tv tapi sekarang sume citer baru yang macam tengok takde perasaan pun nk tgk.. kenape??? Mungkinkah saya sudah tua untuk melihat gelagat2 pelakon baru yang banyak kearah tuuutttt atau pelakonnya yang berlakon ala kadar atau memang saya da takde taste nak tengok.. almaklum sekarang selere Kpop.. haha.. well.. jangan salahkan saya minat kpop sebab da takde benda nak minat.. haha.. ANyways.. I LOVE HRITIK&AMISHA FOREVER!!! FIGHTING!! this movie never get old for me.. Jom layan hindustan kawan kawan.. haha

Guud nite babehhhh!!!