February 14, 2011

Lo ve is Cin ta



Masuk saja bab cinta mesti ada yang terfikir cinta ni suci, sejati, agung, tiada tandingan, si dia yang paling saya sayang dan macam macam lagi lah. Bagi sesetengah yang bercinta memang asyik dan dibuai rindu la katakan contohnya semalam baru jumpa hari ni da rindu. Rindu rinduan la katakan.

Yang tu cinta.

Putus cinta pulak dikatakan sangat perit untuk ditelan contohnya da lama kami berkawan tapi tup tup si dia beralih arah (macam tukar angin da) kepada yang lain. Yang tu baru kes orang ke 3 belum masuk 'kekasihku curang', 'kekasihku playboy', 'suamiku suamimu jua', dan macam macam lagi lah. Perit nak cerita.

Tapi cinta bagi saya bukan setakat cinta putus cinta putus dan bercinta lagi. Saya rasa kita sendiri yang laluinya perlukan masa untuk mengenali erti cinta yang sebenar. Selalu saya terfikir, kalau cinta boleh bawa kepada bahagia, cinta juga yang bawa kita derita. Kalau tak mahu derita pendek cerita tak usah kenal cinta dan tak payah bermain dengan cinta.

Saya nak ambil kata kata ni.

Love Sets us Free

Bila betul betul kita kenal cinta, barulah kita tahu yang cinta itu boleh mendamaikan kita. Jangan mengharap cinta yang tak pasti dan jangan memaksa untuk bercinta. Ia akan datang dengan sendiri bila kita faham apa itu cinta.

Mungkin hari ini kita sendiri tapi esok tak siapa tahu. Biarlah kita sendiri yang mengerti maksud cinta supaya cinta tu boleh di bawa sampai mati.

Selamat hari kasih sayang buat keluarga dan rakan rakan blogger. Semoga bertambah kasih sayang yang ada supaya tiada lagi benci dihati kita.

Peace..


February 12, 2011

~LOVE TEAM~




Newly wedding couple

Hello Bloggers, Peaceeeeeee dulu( sambil wat peace ya).................

Wah wah wah ada yang da feeling tengok gambar kat atas nie ek. Takpe takpe, kita amik mood dulu alang alang nak tunggu 14 Feb kan. Huhu. Congratulation for new loving married couple ni yang baru saja melangsungkan majlis perkahwinan pada Januari 2011 baru baru nie. Yang mana minat kat Kristine Hermosa ni leh la 'cancel' kan niat anda untuk mendapatkan si wanita jelita ini kerana beliau telah pon berkahwin. Heheh.

Kristine Hermosa
Kristine & Oyo

Okeh, tu saya tak nak cerita, yang saya nak cerita sekarang macam mana dengan team escot atau love team "ECHOTIN" yang mempunyai berpuluh2 ribu peminat menunjukkan reaksi mereka untuk majlis perkahwinan ini. Saya ada baca kat salah satu blog (yang boleh dipercayai) yang Echo sendiri meminta peminat- peminat mereka menghormati pilihan hati Kristine dan cuba untuk meminati pasangan pengantin baru ni yang dianggap Echo boleh membawa satu fenomena baru dalam menghasilkan kisah- kisah romantik mereka dengan cara mereka sendiri.

Sweet lo gambar nie ^_~

Dengan erti kata lain tak nak la emo emo ni walaupun anda kuciwa dengan perkahwinan nie, katanya (bukan saya yang kata, echo yang kata, heheh) Yela, mana tak kuciwanya, pasangan romantik ECHOTIN yang menghasilkan satu team love yang sangat romantik dan serasi bersama la senang cerita tetiba salah satunya kahwin ngan orang lain plak kan. Kan da ada isu pasal mereka ni. Lagipun kalau nak diikutkan saya memang minat mereka berdua sejak dari "Pangako Sayo" lagi haa dengan kisah tragis dan cinta itu. Tak cukup Pangako Sayo keluar lagi ForeverMore, Ngayong Nandito, Trip dan paling terbaru Dahil May Isang Ikaw. Fuhh, da tak terkira. Sangat best mereka ini, kan kan.

Jericho & Kristine

Anyway, kisah mereka pon setakat dalam cerita jer. Nak lebih lebih diorang sendiri yang rasa kan. Atleast, Jericho masih lagi solo. Haha (saya suka) Ha, yang mana minat mereka berdua ni boleh la 'reconsider' untuk menghormati keputusan ini dan boleh 'continue' meminati ECHOTIN.

ECHOTIN THE BEST!!!

Eh eh, nak tengok video kahwin Kristine & Oyo Sotto tak??leh klik kat bawah ni ha. Memang cantik giler lah Kristine Hermosa nie. Cun wa cakap lu.



Cane??ada bagus??heheh..
Saya merangkap ribuan peminat Kristine mendoakan kebahagiaan mereka buat selama lamanya. Cewah, budget Kristine baca blog ni plak. Haha.

Tak abes lagi ni, khas untuk bulan Februari ni kita ada contest untuk pasangan kekasih yang hangat bercinta. Daftar dengan kadar segera bermula pada tarikh sekarang.

Teeeettttttt.....

Tipu jela, ada la tu yang sonok nak join (nape tiba tiba cita pasal Valentine Day ek??) Hmmm..daripada korang celebrate hari tu, baik korang jadikan hari kekasih ni sebagai tarikh keramat korang untuk melamar ke. Ke arah yang lebih baik la daripada celebrate kat karok atau kat mane2 kan. Tak pun kawin jer terus macam Kristine & Oyo ni. Heheh. Okeh, itu jela untuk post kali nie. Nak ajak Jericho Rosales kuar date nanti Valentine Days. Huhu, jangan jeles. Tema tahun ni, "Setiap Hari adalah Hari Kasih Sayang". Yeay, tak sabar nak kuar entry pasal 14 Feb. Huhu (ada gak ker???)

Tunggu..

Okeh, bubye..